
Sekelip mata nama Jeffri Ramli menjadi perhatian ramai selepas dia mencuba nasib - dan suara - dalam program realiti televisyen The Voice edisi United Kingdom.
Berasal dari Malaysia Jeffri, 35, adalah penyanyi profesional yang berpangkalan di UK dan berpengalaman mengadakan persembahan di serata tempat di negara berkenaan.
Selain mampu menyanyi dalam bahasa Inggeris dan Melayu Jeffri turut menghiburkan orang ramai dengan lagu berbahasa Indoinesia, Jerman, Korea dan Sepanyol.
Semalam dia mencuba nasib menghadiri sesi ujian The Voice untuk dinilai empat juri profesional iaitu Will.I.Am, Ricky Wilson, Paloma Faith dan Boy George.
Meskipun suara Jeffri gagal menambat hati mana-mana juri berkenaan, persembahan selepas nyanyiannya menjadi bualan ramai.
Anggota kumpulan Will.I.Am kemudian bertanya mengenai tarian tradisional kepada Jeffri selepas mengetahui dia berasal dari Malaysia.
Selepas menunjukkan sedikit gerak tarian, Jeffri kemudian memahami tarian dimaksudkan penyanyi Black Eyed Peas itu adalah tarian poco-poco.
Gerakan itu menarik perhatian tiga juri lain sebelum semua mereka menaiki pentas untuk menari poco-poco bersama.
Sebelum The Voice Jeffri pernah mencuba nasib dalam program X Factor 2014 dan memenangi hadiah Penyanyi Terbaik Festival K-Pop dunia 2014.
Dia memiliki kelulusan kejuruteraan dan menetap di Newcastle, England sejak kira-kira 10 tahun lalu.
Dalam cubaannya di The Voice, Jeffri membawa lagu nyanyai The Zutons berjudul Valerie.
sumber - malaysiakini
sumber - malaysiakini
No comments:
Post a Comment