Musim sejuk dorong imam lindungi kucing jalanan di masjid



Musim sejuk dorong imam lindungi kucing jalanan di masjid
Mustafa dalam laman Facebooknya menyifatkan kucing-kucing yang berkeliaran di masjidnya sebagai tetamu. - Foto Facebook
SEORANG imam masjid di Istanbul mengambil keputusan untuk membuka pintu masjid bagi membenarkan kucing jalanan masuk dan berlindung dari kesejukan musim dingin, lapor Daily Sabah.

Mustafa Efe, imam bagi Masjid Aziz Mahmud Hüdayi di daerah Üsküdar itu turut berkongsi beberapa foto comel yang menunjukkan beberapa ekor kucing berkeliaran di kawasan masjid.

Satu video menunjukkan ibu kucing yang menggonggong anak-anaknya masuk ke kawasan masjid, turut dikongsi oleh Mustafa.


 
فيديو يظهر قطة تنقل صغيرها لداخل مسجد "عزيز محمود هُداي" في منطقة إسكودار بمدينة #إسطنبول التركية، بعد أن قام إمام المسجد بفتحه لإيواء القطط من برد الشتاء القارس.ما رأيكم بما فعله الإمام؟
Posted by HuffPost Arabion Saturday, January 16, 2016


Mustafa menyifatkan ‘keluarga kucing’ tersebut sebagai tetamu masjid pada hari Jumaat.

“Anak-anak kucing itu telah menemui nadi kasih sayang dan belas ihsan,” ujarnya di laman Facebook.


 
Serdar ÇELEBİ kardeşimizin Objektifinden...
Posted by Mustafa Efeon Sunday, January 10, 2016

Tindakannya mendapat perhatian pengguna media sosial yang turut berkongsi gambar kucing di masjid tersebut.



sumber: astro awani

No comments:

Post a Comment