8 Benda Yang Boleh Anda Beli Jika Berhenti Merokok Mulai Hari ini



RM 17.00 untuk sebungkus rokok adalah terlalu mahal. Namun orang ramai masih lagi membelinya.

Biarpun pelbagai kempen kesedaran dilakukan, bilangan perokok di Malaysia masih lagi sukar untuk berkurang.

Hari ini, kami tunjukkan kepada anda apa yang boleh anda beli jika anda berhenti merokok bermula hari ini dan menabung duit rokok itu sedikit demi sedikit. Supaya artikel ini sedikit sebanyak dapat membantu memberi inspirasi buat yang ingin berhenti merokok.

Pengiraannya adalah sekotak rokok = RM17.00 dan anda menghisap sekotak rokok dalam masa sehari.


1 - Jika anda berhenti selama seminggu : (RM 119)
Jika anda berhenti selama seminggu bermula hari ini, minggu depan anda sudah boleh memiliki seutas jam Casio.

2 - Jika anda berhenti selama sebulan : (RM 510)
Jika anda berhenti bermula hari ini, sebulan lagi anda mampu sebuah telefon Asus Zenfon Go di Lazada.

3 - Jika anda berhenti selama 3 bulan : (RM 1,530)
Berhenti bermula hari ini dan dalam masa 3 bulan, dua keping dinar emas Kelantan akan jadi milik anda. Harga terkini sekeping adalah RM742.



4 - Jika anda berhenti selama 6 bulan  : (RM 3,111)
Jika anda berjaya berhenti selama 6 bulan, anda boleh memiliki sebuah iPhone 6s. Tahniah. Tapi kena 'topup' RM88 atau tahan lagi seminggu.



5 - Jika anda berhenti selama setahun : (RM 6,205)
Dalam masa setahun menabung duit rokok, anda sudah boleh memiliki sebuah Yamaha LC.


6 - Jika anda berhenti selama 5 tahun : (RM 31,025)
Jika anda berhenti merokok selama 5 tahun anda boleh menggunakan duit rokok itu untuk membayar duit muka 10 peratus untuk sebuah rumah di teres dua tingkat di selangor.


7 - Jika anda berhenti selama 10 tahun : (RM 62,050)
Menurut laman web tabung haji, kos untuk pergi haji bagi mereka yang belum pergi haji adalah RM 9,980. Ini bermakna jika anda tidak merokok selama 10 tahun, anda boleh membawa ibu bapa dan juga keluarga anda pergi haji. Jadi lebih baik simpan duit tu dalam tabung haji.


8 - Jika anda berhenti selama 30 tahun : (RM 185,150)
Jika kini anda berumur 30-an rasanya ini adalah masa yang tepat untuk anda memulakan perjuangan melawan rokok. Berhenti, simpan duit itu dan dalam masa 30 tahun lagi anda akan mampu menabung duit yang banyak untuk masa depan anak-anak. Bayangkan jika anda tidak berhenti bermula hari ini, duit anda sebanyak RM185,150 hanya akan terbakar begitu sahaja.

Jika anda ada 5 orang anak, anda boleh membekalkan mereka dengan RM37,000 seorang, cukup untuk mereka berbelanja RM100 setiap hari selama setahun.

PERGHHH!! Senarai FILEM Yang Di HARAMKAN Di Malaysia.. Filem N0 8 Paling TAK SANGKA!!! Anda TENTU TERKEJUT...


#8 Filem Yang Diharamkan Di Malaysia
Walaupun filem pada sebenarnya bertujuan untuk memberi hiburan, namun terdapat juga sesetengah filem yang memaparkan adegan-adegan yang kurang menyenangkan atau menyinggung perasaan penonton sehingga menyebabkan filem tersebut terpaksa diharamkan dari ditayangkan.

#Malaysia juga tidak terkecuali dari situasi tersebut, malah pihak Lembaga Penapisan Filem (LPF) juga sentiasa memantau dan menapis filem-filem yang berunsurkan seksual, keganasan, politik atau budaya sosial sebelum ia ditayangkan.
Berikut merupakan senarai lapan buah filem antarabangsa dan juga tempatan yang diharamkan ditayang di Malaysia.

#1) Fifty Shades Of Grey

Filem yang diangkat dari sebuah novel popular ‘Fifty Shades of Grey’ ini sememangnya dijangka tidak akan ditayangkan di Malaysia. Bagaimanapun pengedar filem di Malaysia iaitu United International Pictures (UIP) pada awalnya berkata filem tersebut akan ditayangkan di Malaysia dan berita tersebut nyata menggembirakan sesiapa yang membaca novel tersebut. Kegembiraan itu bagaimanapun tidak lama apabila Lembaga Penapisan Filem (LPF) mengharamkan filem lakonan Dakota Johnson dan Jamie Dornan kerana dikatakan terlalu pornografi.

#2) Sex Tape

Filem ini adalah filem kedua berunsur seks yang diharamkan di Malaysia pada tahun 2014. Rata-rata tidak terkejut dengan pengharaman filem tersebut kerana judul filem tersebut awal-awal lagi mengisahkan tentang seks, maka tidak hairanlah ia diharamkan. Walaubagaimanapun, orang ramai masih boleh menonton filem di Internet.

#3) The Wolf Of Wall Street

Filem yang dibintangi pelakon hebat Leonardo DiCaprio ini diharamkan ditayangkan di Malaysia kerana terdapat kelucahan, babak bogel serta seks. Selain itu, filem arahan Martin Scorcese ini juga mencipta rekod penggunaan perkataan lucah ‘F**K’ paling banyak dalam filem R-rated iaitu sebanyak 506 kali dalam filem itu atau 2.81 kali seminat. 
Jadi tidak hairanlah ia diharamkan di sini.

#4) The Raid 2 : Berandal

Jika sebelum ini filem pertama garapan Gareth Evans “The Raid: Redemption” pernah ditayangkan di Malaysia pada tahun 2011, namun untuk sekuel kedua ini iaitu “The Raid 2: Berandal” ini diharamkan dari ditayangkan di Malaysia. Menurut Lembaga Penapisan Filem Negara (LPF), filem yang diterajui oleh Iko Uwais ini mempunyai terlalu banyak babak ganas keterlaluan di dalam filem ini.

#5) NOAH

Filem yang memaparkan jalan cerita berasaskan kepada kisah hidup Nabi Nuh A.S ini mendapat kritikan hebat daripada negara-negara Islam di dunia berikutan memaparkan ilustrasi atau wajah Nabi Nuh yang sememangnya bertentangan dengan Garis Panduan Penapisan Filem Kementerian Dalam Negeri dan selaras dengan Garis Panduan Penapisan Kandungan Bahan-Bahan Penyiaran Berunsur Islam yang dikeluarkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
Selain Malaysia, beberapa negara di Timur Tengah seperti Qatar, Bahrain, Emiriyah Arab Bersatu (UAE) dan banyak lagi telah mengharamkan tayangan filem yang dibintangi Russel Crowe, Jennifer Connelly, Anthony Hopkins dan Emma Watson. Malah institusi terkenal Islam di Mesir, Al-Azhar turut mengeluarkan fatwa yang mengharamkan filem ini.

#6) I Spit On Your Grave

Filem yang mengisahkan tentang seorang wanita yang membalas dendam terhadap sekumpulan lelaki yang merogolnya ini bukan sahaja diharamkan di Malaysia, malah terdapat banyak negara lain yang turut mengharamkan tayangan filem ini antaranya Singapura, Thailand, China, New Zealand dan banyak lagi. Ini kerana filem arahan Steven R. Monroe ini didakwa mengeksploitasi golongan wanita.

#7) Dukun

Filem seram tempatan “Dukun” arahan pengarah hebat Dain Said ini sememangnya dinanti-nanti oleh ramai pada tahun 2007. “Dukun” merupakan sebuah filem yang diadaptasi dari kes pembunuhan berprofil tinggi yang melibatkan ahli politik Datuk Mazlan Idris dan Mona Fandey yang didakwa seorang pengamal ilmu hitam.Berikutan itu, Lembaga Penapisan Filem Negara (LPF) telah mengharamkan filem tersebut kerana jalan ceritanya yang kontroversi serta menyinggung perasaan keluarga yang terlibat.

#8) Banglasia

Filem yang diarahkan oleh pengarah kontroversi Namewee ini sepatutnya ditayangkan di seluruh negara pada 30 Januari 2014, namun filem “Banglasia” telah diharamkan dari ditayangkan di Malaysia dikecam hebat oleh Lembaga Penapisan Filem Negara (LPF) dan Kementerian Dalam Negeri Malaysia (KDN) ketika proses kelulusan filem.Pihak LPF dan KDN turut memberikan sebanyak 31 catatan rasmi iaitu 90 peratus dari filem tersebut sekaligus mengarahkan filem tersebut membuat penggambaran semula.
Malah “Banglasia” turut tidak dibenarkan ditayangkan di laman sosial YouTube atau dijual di pasaran secara sah atau haram dan pihak yang menayangkan filem ini di rumah ataupun di kawasan awam akan berdepan tindakan undang-undang.

RASA DIRI GEMUK ELAKAN 6 MINUMAN INI



Elakkan 6 Minuman Ini Jika Tidak mahu Gemuk
Diet sudah, bersenam sudah tapi badan tidak mahu kurus juga, apa masalahnya ye?? , mesti peningkan, untuk pengetahuan anda tidak semestinya makanan sahaja yang menyebabkan kegemukan, minuman juga mendorong masalah ini, ni PP  nak beritahu , jom kita  cuba Elakkan 6 Minuman Ini Jika Tidak mahu Gemuk;

Elakkan 6 Minuman Ini Jika Tidak mahu Gemuk


1. Susu
Menurut  pakar pemakanan susu merupakan minuman terbaik tetapi tahukah anda susu juga mempunyai jumlah lemak tepu yang tinggi, dimana akan membuatkan  berat badan anda naik tanpa anda sedari.


2. Kopi
Kopi sememangnya kelihatan  seperti minuman yang sihat. Tetapi sekiranya anda ingin tahu kopi sebenarnya  mengandungi 900 kalori. Jadi jika anda minum kopi bersama gula dan krim ianya akan menjadikan kopi minuman tidak sihat dan menggemukkan.

3. Minuman yang diproses

Iaitu seperti jus buah-buahan, walaupun kelihatan seperti minuman jus sahaja, ianya tetap tidak sihat kerana inuman tersebut mengandungi gula yang tinggi dan pemanis tiruan lain yang menyebabkn penambah kalori.  Ianya kerana jus yang diproses hanya mengandungi 3% kandungan  buah-buahan sahaja.

shakes mengemukkan

4. Shakes
Shakes adalah minuman yang mempunyai banyak bahan seperti pemanis, susu, perisa buah-buahan buatan yang akan membuatkan anda rasa lesu dan gemuk. Ianya merupakan salah satu minuman yang membuatkan berat anda akan  bertambah.

5. Minuman Tenaga

Kelihatan seperti minuman yang akan memberikan anada tenaga , tetapi anda mungkin tidak tahu bahawa minuman ini sarat dengan gula, kafein dan bahan-bahan lain yang bukan sahaja menambahkan berat badan tetapi ia juga akan  mengaktifkan sel-sel kanser dalam badan anda. 
6. Minuman sukan
Minuman ini dikatakan mampu memberikan anda tenaga semula selepas anda bersukan dan bersenam.  Tetapi minuman ini akan membuatkan anda menjadi gemuk kerana sarat dengan gula dan karbohidrat.

Haa itulah 6 minuman yang harus anda elakkan selain anda berdiet dan bersenam. 

Penguin 'lawat' penyelamatnya setiap tahun

 Penguin 'lawat' penyelamatnya setiap tahun
Hubungan istimewa yang terjalin antara Joao Pereire de Saouza dengan penguin yang diselamatkannya.
RIO DE  JENEIRO - BRAZIL . Siapa sangka, seekor penguin yang pernah diselamatkan oleh seorang nelayan akan kembali semula "melawat" penyelamatnya itu setiap tahun.
Joao Pereire de Saouza, 71, nelayan dari sebuah perkampungan di pinggir Rio de Janeiro, Brazil menjumpai seekor penguin yang sakit terdampar di atas batu pada tahun 2011.
Penguin yang kelaparan serta dipenuhi minyak itu kemudiannya dirawat oleh Pereire de Saouza sehingga kembali pulih dan menamakan haiwan laut itu sebagai Dindim.
Selepas penguin itu kembali pulih, Pereire de Saouza melepaskan semula ke laut namun dia tidak menyangka haiwan itu kembali semula mencarinya selepas beberapa bulan kejadian tersebut.
Menurut Pereire the Saouza, Dindim tinggal bersamanya selama 11 bulan dan akan pergi ketika proses penukaran kulit.
"Semua orang menyangka dia tidak akan kembali namun haiwan itu pulang semula melawatnya sejak empat tahun lalu.
"Dindim akan tiba pada bulan Jun dan akan kembali semula ke laut pada bulan Februari," katanya kepada Globo TV.
Penguin itu dipercayai berenang lebih 5,000 kilometer setiap kali dia kembali kepada warga emas itu.
"Saya menyayangi  penguin tersebut seperti anak sendiri dan percaya haiwan itu juga menyukainya,' katanya.
Menurut Pereire de Saouza, tiada siapa dibenarkan untuk menyentuh penguin itu kerana haiwan itu akan mematuk individu lain.
"Saya turut akan memandikannya, menyuapkan makanan malah ia turut selesa tidur di ribanya.
Sementara itu, ahli biologi Joao Paulo Krajewski berkata, dia tidak pernah melihat perhubungan seperti ini sebelum ini.
"Saya rasa penguin tersebut percaya lelaki itu adalah sebahagian daripada keluarganya," katanya.

Koleksi Petua Yang Berguna (Anda Harus Tahu)




:: Semut benci timun, letakkan kulit timun berdekatan dengan lubang atau sarang semut atau di mana terdapat banyak semut.

:: Untuk mengilatkan cermin, cucilah dengan minuman Sprite.

:: Untuk menanggalkan chewing gum yang melekat pada baju, masukkan baju tersebut ke dalam freezer dan simpan selama 1 jam.

:: Untuk memutihkan baju putih, rendam dengan hirisan lemon selama 10 minit.

:: Untuk rambut nampak berseri, bubuh 1 sudu teh cuka makan dan sapu rata di bahagian atas rambut, kemudian terus dibilas.

:: Untuk membanyakkan jus lemon, rendamkan lemon di dalam air panas selama 1 jam.

:: Untuk menghindarkan bau busuk pada sampah di dapur, letakan sekeping roti ketika kita memasak.

:: Kalau baju terkena dawat, untuk menghilangkannya, sapu ubat gigi pada tempat yang terkena dawat itu dan biarkan ubat gigi tersebut hingga kering kemudian baru cuci.

:: Untuk menghindarkan tikus, taburkan serbuk lada hitam di mana tikus selalu ada. Tikus akan lari dan bermain jauh dari situ.

:: Meminum air suam 1 atau 2 gelas sebelum tidur boleh mengurangkan 90% dari serangan jantung. Begitu juga bila bangun pagi.

Seperti yang kita maklum, air sangat penting pada sistem badan kita tapi kadang-kadang kita tidak ambil tau kenapa kita harus meminum air suam.

Meminum air pada masa yang sesuai dengan kadar maksimum yang diperlukan oleh tubuh manusia akan membawa kesan yang baik:

:: Meminum 1 gelas air selepas bangun boleh mengaktifkan organ-organ dalaman.
:: Meminum 1 gelas air 30 minit sebelum makan membantu penghadaman.
:: Meminum 1 gelas air sebelum mandi boleh membantu mengurangkan tekanan darah.
:: Meminum 1 gelas air sebelum tidur boleh menghindarkan stroke dan serangan jantung.

Datuk Seri Vida tetap mahu bina hotel di Kota Bharu

Datuk Seri Vida tetap mahu bina hotel di Kota Bharu
Gambar hotel yang menjadi impian pembinaannya oleh Datuk Seri Vida.
PENASIHAT Kehormat Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Datuk Seri Dr Hasmiza Othman atau Datuk Seri Vida, tetap dengan pendirian untuk membina hotel di pekarangan Stadium Sultan Muhammad IV, di sini.
Malah, beliau turut menolak cadangan kerajaan negeri untuk menukar lokasi berkenaan ke Bukit Merbau atas beberapa faktor terutamanya berkaitan dengan prasarana dan nilai komersial.
Katanya, Bukit Merbau adalah lokasi baharu yang tidak dilengkapi dengan kemudahan prasarana dan memerlukan jangka masa yang panjang untuk dimajukan berbanding di lokasi pilihannya.
“Biarpun kawasan itu bakal dibangunkan, namun ia adalah program jangka masa panjang. Tambahan pula, tiada prasarana dan lambat untuk dinikmati.
“Kalau di stadium, lokasinya strategik dan cepat untuk proses pembangunan. Namun, kita perlu kaji dahulu nilai komersial di Bukit Merbau,” katanya kepada Sinar Harian, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai cadangan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Belia dan Sukan negeri, Datuk Abdul Fattah Mahmood yang berharap agar beliau menimbang semula cadangan membina hotel di Bukit Merbau.