Dah hampir nak beranak pun pihak hospital tak bagi rawatan kerana TERTINGGAL buku merah ?



Dah hampir nak beranak pun pihak hospital tak bagi rawatan kerana TERTINGGAL buku merah ?

Grr...

"ibu, ada satu orang demam, muntah darah."
"ok, suruh siap pergi hospital sekarang. Minta dua orang kawannya temankan. Sudah siap tunggu di lobby. Di sini pun ada satu orang sudah keluar air ketuban, tanda mahu beranak, boleh pergi sekali, pesan buku merah mesti bawa."

"baik ibu."

Tak lama datang 3 orang sudah bersiap mahu ke hospital. Kereta dah sedia menunggu. Kemudian turun satu orang lagi yang mahu beranak. 

Semua kad pengenalan dan duit pendaftaran masuk wad telah saya disediakan. Mereka jumpa, salam dan bermaaafan dengan saya. Saya pesan, banyakkan istigfar.

Pergi pukul 9.42 malam, hantar ke Bilik Saringan HSA. 

Oleh kerana kepenatan siang tadi menguruskan majlis pernikahan, petangnya lagi saya ke hospital mengambil pulang seorang pelatih yang sudah 2 hari masuk wad kerana hb yang rendah dan membawa pulang bayi 105 ke rumah. Bayi 105 sudah sihat setelah 6 hari diberikan rawatan dan antibiotik.

Hampir maghrib baru saya tiba di rumah dari hospital. Penat dan lapar. Biasalah , jika kita buat kenduri menjamu orang makan, kita belum tentu lagi makan. Lepas isyak , mata hampir terlelap, warden sudah telefon bagitahu ada pelatih demam. Tak jadi tidor, uruskan pelatih pelatih yang mahu dihantar ke hospital dahulu.

Dalam pukul 10.25 malam, seorang pelatih telefon, " ummi, miss Q tak bawa buku merah, sedangkan dia yang nak beranak, dah keluar tanda. Macam mana ni?"

"pergi aja ke kaunter, dengarkan saja apa yang dikata."

Lepas tu saya tertidor kerana keletihan yang berganda. Tidak lama, dalam keadaan mamai, kucing mengiow. Saya tersedar seketika, jawap panggilan, antara dengar , saya doktor, buku merah. Itu saja yang tertangkap, dan lena semula. 

Tersedar pagi ini pukul 4.01 pagi. Nak lihat jam pada telefon, didapati telefon dah off. Mati mungkin habis bateri. Charge telefon dan cuba mengingatkan samada benar atau mimpi ada doktor telefon. Cek log panggilan. Ada panggilan masuk dari hospital pukul 23.39 malam. Agaknya betullah tu doktor telefon.

Pukul 4.53 pagi, sudah turun pelatih dari bilik tingkat 3. Minta tolong tengokkan samada benar Miss Q tertinggal buku merah. Benar , buku merah ada dalam beg sandang. Pagi ni pukul 5.43 pagi, hantar buku merah Miss Q ke hospital. tidak tahu apa yang terjadi pada miss Q di hospital tu.

Apakah jika tidak ada buku merah, walaupun sudah hampir nak beranak, Miss Q tidak diberikan rawatan dan perhatian oleh staf kesihatan di ruang Bilik Saringan. Tunggu juga hingga buku merah sampai.

Semua perjalanan hidup kita ini diaturkan oleh Allah berdasarkan amalan kita selama ini. Ada orang dipermudahkan urusannya, ada orang dipayahkan walaupun urusannya sama. Semua orang ada masalah, tetapi berbeza. Semua orang diberikan ujian, tingkatannya berbeza.

Nak marah siapa? Nak salahkan siapa?

Sebagai hamba Allah, sabar saja yang kita ada. Mereka ini bermasalah, sekolah, kolej pengajian pun buang mereka, #BaitusSolehah terima untuk mendidik semula. La haw la wala quwata illa billahil azim.

Ditulis oleh Baitus Solehah

No comments:

Post a Comment